Belajar dengan tujuan untuk dapat result terbaik, then boleh digunakan untuk dapat kerja dengan gaji tinggi. so then kau boleh beli kereta mahal rumah besar baju berjenama makan di restoran memanjang. :)
tapi hakikatnya berapa ramai graduan sekarang yang punya kerja yang setanding dengan kelulusan yang mereka ada. sedangkan kelulusan yang mereka dapat hanya gah hanya beberapa ketika selepas majlis graduasi. tiga atau empat tahun di kolej/universiti memang indah. kau nak ke kelas ke taknak. suka hati kau, dah graduate, pinjaman PTPTN ribuan ringgit mesti dijelaskan. so, harus dapat kerja secepat mungkin. asalkan gaji yang ditawar sesuai dengan kelayakan dan lepas untuk sara hidup. skop kerja lain cerita. maka dapat-kerja-tak-sama-dengan-course-yang-diambil terpaksa dilalui. ada yang terpaksa merantau ke tempat orang hanya kerana rezeki. kalau ditanya, berapa ramai anak kampung yang punya cita-cita untuk balik cari kerja di tempat sendiri. :(
tak payah cerita tentang rezeki. sebab semua orang tahu dan kena percaya yang rezeki tu Allah yang kasi. rezeki boleh datang dalam pelbagai cara. ada yang dapat kerja awal, dapat belajar tinggi. dapat jodoh awal dan macam-macam lagi. dari segi kerja pun sama. ada yang dapat kerja terus lepas graduate. ada yang dapat kerja yang bukan bidang diorang. so, kena terima. dalam masa yang sama kena usaha kalau nak ubah nasib kepada yang lebih baik.
jangan pandang rendah pada apa sahaja kerja yang orang lain buat. tak kiralah cleaner ke. pembuat air ke. tukang jaga parking ke. sebagai contoh. mungkin lima atau enam tahun lepas, jawatan customer service hanya diisi oleh pemegang SPM dan dikenali sebagai operator. tapi jangan terkejut kalau tahu ada syarikat yang hanya menawarkan jawatan tersebut kepada pemegang ijazah dan ke atas sahaja dan gaji asas dibayar mengikut kelulusan. dan jawatan mereka adalah eksekutif. jangan terlau megah dengan jawatan kerajaan yang anda punya kerana mungkin gaji asas mereka lebih tinggi dari apa yang anda dapat. ya. yang anda panggil operator tu. yang anda maki, jerit bila service/product yang disediakan syarikat tak menepati standard dan piwaian yang anda tetapkan. pernah juga bila ada yang melalui pengalaman yang teruk dengan customer service. hanya kerana seorang customer service sahaja. terus dilabel semuanya teruk. haha. terus dikata jika tak mahu kerja, kenapa tak belajar pandai2 dulu. alahaiiii. kebanyakan staff cust service yang saya kenali merupakan pemegang ijazah jurusan kritikal dari empat universiti terbaik di Malaysia. contohnya chemistry, engineering, forensics. kenapa mereka tak bekerja di sektor yang sepatutnya, kita kena berbalik dan percaya pada rezeki, kawan.
dari segi sikap kita sebagai pekerja. tak kira lah pegawai kerajaan atau swasta. perlu komited dengan apa jua yang kita lakukan. walaupun tak suka dengan kerja yang kita buat sekarang, sebab tak sama dengan apa yang kita belajar dulu. jangan tunjuk pada orang. jangan tunjuk kebodohan diri pada orang. jangan jejaskan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan pada syarikat/organisasi. cuba kawal sikap supaya tak memakan diri. cuba berikan perkhidmatan yang terbaik walaupun gilaaaa takkk sukaaa buat kerja tu. cuma ingat satu. rezeki akan datang pada waktu yang tepat. :)