Thursday, October 14, 2010

part tym job ~


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam.
Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"
Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!" aiyark!!!

--------------------------------------

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.

Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.

Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo 8.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo 8 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie.. Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,sebuah evo 8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..

Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil ngah bagi hon dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'
------------------------

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

-----------------------

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

----------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

----------------------

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

--------------------

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua???


~~"Life is easier than you'd think; all that is necessary is to accept the impossible, do without the indispensable, & bear the intolerable" Kathleen Norris~~

p/s : biarkan saya. haha.

2 comments:

  1. hai awak, ada berita gembira pasal oart time job ^^
    hehe
    kak lin mau tolong rekemen sama bos nya..haha

    ReplyDelete
  2. owh bes tu..
    haha..leh wat modal 4 da next holiday..ngeee..bole2???

    ReplyDelete