Saturday, January 15, 2011

Info Sihat bersama saya. heeee.



Ulcer mulut (Oral Ulcer)
Ulcer mulut ialah luka atau lepuhan di dalam mulut yang berwarna putih yang dikelilingi bulatan merah. Ulcer berlaku apabila membran mukus atau epithelium pada bibir atau sekeliling bahagian dalam mulut terkoyak. sakittt weh!
Terdapat pelbagai jenis ulcer yang dikaitkan dengan pelbagai sebab seperti trauma (fizikal dan chemical) jangkitan mikroorganisma, infeksi, perubahan hormon, alergik kepada ubat- ubatan dan bahan kimia tertentu, penyakit seperti celiac disease, lupus, behcets disease , kanser dan sebagainya. Ulcer yang biasa dialami ialah aphthous ulcer dan cold sores. Cold sores disebabkan oleh virus herpes simplex.

Symptoms
Symptom ulcer berbeza mengikut penyebab kepada ulcer tersebut. Bermula dengan rasa pedih dan terbakar pada bahagian yang akan terbentuknya ulcer , bintik dan benjolan merah akan menyusul kemudian pecah menjadi luka atau lepuhan. Ulcer menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit terutamanya apabila disentuh. Ia boleh juga disertai dengan bengkak pada noda limfa di bawah rahang yang sering kali disalah anggap sebagai sakit gigi.

PENYEBAB
1-Trauma

  • Kecederaan fizikal (physical trauma) yang minor adalah penyebab utama ulcer.Bahagian hujung gigi yang tajam, tergigit bahagian dalam mulut secara tak sengaja, makanan yang terlalu masin, pemakaian dentak braces (dawai pengikat gigi) atau trauma disebabkan penggunaan berus gigi adalah antara penyebab kecederaan fizikal. Ulcer seperti ini selalunya cepat sembuh.
  • Kecederaan chemical (chemical trauma) boleh berlaku disebabkan bahan kimia seperti alkohol, aspirin yang tersentuh dengan mukus membran pada kawasan dalam mulut yang menyebabkan tisu rosak atau terkoyak lalu membentuk ulcer. Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang terdapat dalam kebanyakan ubat gigi juga boleh menyebabkan ulcer.
2-Jangkitan
  • Virus - herpes simplex, herpes zoster, vericella zoster, coxsackie A virus.
  • Bacteria- Myobacterium Tb, Treponama Pallidum
  • Fungus- Coccidioides Immitis, cryptococcu neoformans, Blatomyces dermatitidis
  • Protozoa- Entameoba hitolytica.
3-Immune system
  • Autoimmune- membran epithelium diserang oleh item imuniti
  • Immunodeficiency- kekurangan immunoglobin dimanifestasikan dengan kemunculan ulcer yang berkali- kali.
  • Allergic- alahan terhadap ubat atau produk penjagaan oral.
4- Pemakanan
  • Kekurangan Vit C, Vit B12, zinc dan Iron.
  • Gluten senitivity -makanan yang mengandungi gluten seperti kebanyakan roti, pata dan beers hendaklah dielakkan.
  • Pemanis tiruan seperti gula-gula getah tanpa gula juga boleh menyebabkan ulcer.
  • Tidak berkumur selepas gunakan flovant (sejeni corticoteroid untuk merawat asthma)
5-Kanser
  • Kanser mulut boleh menyebabkan ulcer apabila bekalan darah terganggu dan sel mengalami necrosis (sel mati)

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Apa yang boleh anda lakukan?

~Gunakan bahan kumuran antiseptik

~Sapu gel atau krim penahan sakit

~Makan makanan lembut

~Elakkan makan makanan panas dan pedas

~Banyakkan minum air

Ulcer yang banyak serta berulang- ulang dan sukar sembuh mengkin merupakan petunjuk kepada penyakit seperti lupus, kanser, bechets dan sebagainya. Jika ulcer anda membimbangkan, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk kepastian

source : cilok dari sini

nak tengok pics, sila g0ogle. ngeri nak letak kat sini :)


psttt : hmm. dah memang rutin bulanan kot ulcer neh bagi diriku. waaaa! da la amek masa dalam seminggu lebih nak baik. selalunya, sebab tergigit. at first, kecik je. pastuh terus besauuu! pernah dapat 6 ulcer at the same time. memang break the record lahh. haaa. baru tau sakit ke tak.

btw, ulser saya dah baik!

thanx kepada cik bonjela yang dikuasakan oleh miss dya :)



2 comments:

  1. ngeh3 ^^ bonjela ku yg berjasa..hehehehhe

    ReplyDelete
  2. akan ku dapatkan d farmasi yg berhampiran..nak wat stok masa depan :)

    ReplyDelete