Sunday, January 9, 2011

Ini hidup saya. suka hati saya lahh.


hype. hari ni nak cerita panjaaaangggg. tak nak baca, sile ke kanan atas, click X. muahaha

korang2 ni mesti ada yang aktif dalam mana2 society + kelab + sukan atau apa-apa je lah masa kat sekolah + kolej + universiti. tak kira lah aktif separa ke + aktif giler2 ke + hidup hanya untuk society. tapi, ada jugak yang awal2 semester bagi freshie, semangat nih time pergi interview nak jadi exco bagai. tapi, tak sampai sebulan, dah hilang dari society. ada yang macam biskut. kejap ada, kejap takde. tak tahulah kot2 dah jumpa society yang lebih baik or 'orang' terbaik. it's not a big deal lahh. tapi, sila fikir positif ye adik2. maybe assignment dah banyak, ko-k yang menghalang atau pun memang dah tak berminat. kalau antara society dan study, sila pilih study ye kamu2! yup. tak boleh salahkan individu2 berkenaan sebab kita hanya manusia. kita hanya merancang, Allah yang tentukan. betul takk? tak kira lah dalam apa2 sekalipun. utamakan yang utama. tapi, jangan sekali2 berkata negatif kat sape2 yang memang setia giler dengan society. itu pilihan dia. suka hati dia lah. heee.

oh ye, masa zaman matrix kat KMPP dulu (bajet dah lame lahh), last semester 2, USM anjurkan program motivasi untuk student matrix. excited giler. time tu lah jugak jeling2 abang fasi yang hensem. huehuehue. sambil2 berharap biarlah manusia bergenetik XY yang jadi fasi. tak mahu XX. sewel ke hape lahhh. and then, group saya dapat 'abang' fasi! sepatutnya dapat fasi Chinese. tapi xtau macammana, Chinese tuh tak datang and diganti dengan Abe Mede or tym tuh kami dipaksa panggil Abe Adam. wahahaha. dia pernah kata, 90% study dan yang selebihnya 10% adalah untuk society dan ko-k yang laen. ni je objektifnye :)

then, bila dah apply degree, letaklah USM jugak. U laen pun banyak tapi semua 8 option tuh, apply BIOLOGY. SEMUA okeh. tup2, dapatlah pulakkk!! hadoiyai. tak mahu. tak mahu. nakk U ituuuuuuuuu. tapi takpe lah. dapat jugak gi U pujaan hati abah. Bio plak tuu. heeeeee.
tak macam yang first dulu, dah duk sini, tak nak balik lah pulak semenjak dalam profile Healthy Campus tu tulis *Tahun : Akhir*. hati ku di bumi Minden sudah. :(

hari first daftar 28/6/2008, kena g Desa CG. cuakkkk. ramai orang. segan. macam macam ado! tanya amek kos apa. takde pun antara jawapan tu =bio. cehh. macam aku sorang je amek bio. makinn cuakkk. ternampak ramai kawan se-matrix. fuh. lega sikit. at least ada jugak yang kenal. terjumpa fasi matrix lahh. wahahaha. Abe Mede, Penggawa PPMS CG. masa tu PPMS, sekarang so called PPSL. student sini je tahu maksud dia kot.

a few weeks later, HAAK usm buat interview nak cari penolong exco. cewahh. apalagi, serbu lahh. interviewer malam tuh Abe Mede, Kc Syda, Kc Piya. speaking dah mesti. soalan? boleh tahan. takut tetap ada. tapi takpe lah. redha je. :) and baru tahu, Abe Mede is YDP HAAK. orang yang banyak tolong, dulu sampai sekarang!
fiwwitt2. guess waht? berjaya. alaa. bukan ramai pun yang pegi. semua yang pegi interview, dapat!
so, start hari tu sampai lah sekarang, sume aktvt saya akan join dan kadang2 sebagai tenaga penggerak. menginjak ke tahun-3, dilantik sebagai SU Kerja dan dibantu oleh cikserabai.

Hidup dalam komuniti society yang happening. tak pernah termimpi pun before nih. asal jumpa, tak hengat donia laa. time meeting, boleh je gelak2. soc laen ade ke? muahahaha. maybe sebab loghat bahasa yang sama buat kami jadi sekepala! seminggu tak gi meeting, haishh. haru biru laa Fb. kannn? tanya bila nak meeting. ish. hari2 terakhir with 'em akan dihargai dengan baik.


greatest community i've ever worked


selain HAAK, tahun-2 diisi dengan society terbaek yang lagi satu. souL tuu. yang ni pun boleh tahan jugak. sebab dari YDP ke exco, all of them are my besties! balik meeting, confirm pegi Khaleel. heeee. lepas letak jawatan sume2, masih aktif dengan underground society. hahaha. jalan2 memang wajib. pernah sampai Pulau Langkawi. naek flight pulak tuh. cess. Life is amazing!


greatest besties i ever had!

society lives by faith, and develops by science ~Henri-Frederic Amiel

p/sttttt : cess. title tuh melampao betul. muahahaha


2 comments: