Thursday, May 12, 2011

2008-2011 : Campus life is over (Part 1)

(bahasa campur2an)

Chronology :-
5 April 20011 : last class as a degree student
11-17 April 2011 : study week
28 April 2011 : first paper (Plant Molecular Biology)
4 Mei 2011 : second paper (Tissue Culture)
5 Mei 2011 : last paper (Abnormal Psychology) - out : 4.20pm
7 Mei 2011 : bengkel kerjaya
9 Mei 2011 : Viva FYP - BT 149, 2.40pm
13 Mei 2011 : InsyaAllah - submit final thesis

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana segalanya yang diusahakan selama nih berjalan lancar, walaupun kadang2 ada masalah2 yang x diundang. tapi, itulah something yg kte semua akan rindu. rindu tym bizi and saket kepala nak perfect-kan thesis. rindu tym kalo jumpa kawan2 je, perkara pertama yg kena tanya, 'Eh, camne projek?' or 'eh. camne thesis?'. lepas tuh dah mula kalut bila ada kawan2 lain yang dah siap! tapi, kte belom siap!
tapi sedar ataupun tak, sebenarnya tu je benda yang kita kena fikir semasa hayat sebagai pelajar. selain dari test, exam, assignment. duit. etc. padahal hal2 hidup ni just ikut flow je sebab kte rasa masih belum masanya lagi. bila dah keluar, kerja, nak bayar tu, nak bayar ni, banyak lagi yang ada dalam kepala. masa tu, baru kte akan rasa, alaa tym belajar dulu, xde pun macam ni.

pasal subjek2 yang kte amek pulak, pernah terfikir tak, apasal aku kena amek subjek nih? takkan ada guna punya. bila masa aku nak guna ntah. (tetap tak puas hati) sebagai contoh, calculus/MAA101. kalo tanya budak2 bio kat sini, memang semuanya anti-MAA lah kot. hoho. frankly aku cakap la kan, rosak result aku sem tuh! memang rasa macam gdfghdsgdxqf la. 4unit plak tuh. tapi, tak kena repeat paper ah. mwahaha. tym ni lah cuba defend diri sendiri. aku amek bio, apehal kena blaja math nih. dah sah2 aku nak lari dari math. heh. sampai bila2 aku x suka math. tu pun kalo soklan dia ada kaitan dengan add math laa macam beza/kamirkan yang pelik2 tuu. tapi, kalo math moden, haha akulah champion!

kaloo cerita pasal subjek yang aku suka, mostly semua yang berkait dgn dunia bio, aku suka!
tym masuk form 4 lagi, first tym aku beli buku rujukan bio yang sasbadi tuh, dok belek sampai lebam. tak tahulah kenapa dan mengapa, jatuh chenta sama bio. sebab tak payah fikir jawapan kot. belek buku, teros jumpa jawapan. tak payah kira2. hahah. cikgu bio pun dah kenal aku camne. terima kasih cikgu maslaini. kalo kimia tu, boleh la bukak tutup. tapi bab nak hafal periodic table yang tak leh blah tuh. hahaha. bape bulan nak spm baru ingat. pastuh lupa lagi. masuk matrix, hafal lagi, masuk usm pon hafal lagi sekali sebab kena amek paper organic/xorganic. fizik, haram lah aku nak hadap macam yang aku buat kat bio. nak spm, aku buat past year je. lalala. naseb baek sume subjek sains ok. boleh la nk bawak masuk matrik. kat matrix punnn amek bio jugak, then masa apply upu untuk degree, seingat aku, 7 ke 8, semua aku pilih yang berkaitan dengan bio. :p


masuk bab laen pulak. pasal aktiviti laen yang kita buat selain pi kelas, and tertido kejap dalam kelas. balik buat lab report, assignment, study bila nak test. ada orang yang suka aktif dalam society atau apa2 je lah. macam aku. ececeh. tapi satu je, bab sukan memang tak. tapi boleh la stakat nak maen bola jaring tu. ni kalo olahraga, haha aku tak lari kat padang, tapi aku lari masuk bilik. tido.
nak cite masa first year, kami adek beradek 9 ada masuk futsal untuk budak2 bio je. sume wanita. lawan 2nd year ngan 3rd year. memang kalah teruk walaupun ada coach yang hebat. hoii tq faris. best punya, dapat satu gol je, tu pun lepas dya masuk. kaw2 kena 7-0. ok la tu. first tym sepak bola. nak harap ape lah sangat kan. kami 1st year je punnnn tym tu. :)
kat uni, banyak program yang ada. tinggal nak taknak join je. yang paling best kalo join program masa kat uni, kebanyakan program biasanya free of charge kan. naseb baek lagi, dapat elaun. owh rindu nih.
pegi Langkawi, Pangkor, Kedah, KL etc and bakal ke utm pula!
banyak jugak benda lain yang sempat di-join-kan macam program anak angkat. 2 kali kot. ok la kan. sebab dulu masa sekolah, aku dah siap2 fikir nanti dah masuk u, kena join jugak program nih. macam best je. family pernah amek kakak angkat and sampai sekarang masih contact. walaupun tak selalu. setiap kali raya, mesti sampai kad raya walaupun dah 12 tahun tak jumpa!
yang program2 lain dah tak larat nak cite. kena buat video kot baru best. boleh cakap banyak sikit kan.
then, pasal society yang aku join 3 tahun selama kat sini, nanti ada satu entry untuk mereka. special punya.

haaa life as a student. lain eh dengan hidup harian orang lain yang tak study macam kita. and semua orang ada pengalaman yang berbeza. yang tak leh blah, as uni student, akan ada certain benda yang memang jadi rutin harian. hampir sama jugak dengan student lain. tido lewat, bangun pun lewat. hah tu aku! tak taulah orang lain. macam sama jeh. ahaks. makan pulak, dah jadi standard dua kali makan je. lunch ngan dinner. pagi tak yah makan, kan dah bangun lewat. lunch terosss. maggi, dua-tiga peket sekali beli. kot2 la lapar tengah2 malam. ataupun tym bajet duit. pastuh, bab pakaian, tunggu penuh bakul dulu. baru syok sikit nak basuh. bila dah penuh, malas pulak. jalan selamat, guna mesin basuh. sedia duit je. tapi ku tak berapa suka sebab macam tak bersih je. ke aku yang tak reti guna? cuma kalo lepas balik kem ke, masuk jugakkkkk. hohoho

feberet part yang palingggg suka nak cite adalah pasal kawan2. terbaek terbaek terbaek. tapi next entry lah jugak. kang nanti ada orang muntah darah pulak sebab entry panjang.

okay, itu sahaja untuk Part 1. tak tau lah bila nak update yang part 2 and 3 and seterusnya. harap2 ada kekuatan mental and fizikal nak habeskan cerita bersiri nih :)


p/s : ada yang dah pulang-sudah mula rindu mereka!


No comments:

Post a Comment