Showing posts with label akulah.motivator. Show all posts
Showing posts with label akulah.motivator. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Naik pangkat : Konsultan :)


wah wah. dua tiga hari ni.

cuba menyejukkan hati sendiri. kejap panas. kejap sejuk. musim kottt.

tapi, dah sejuk. :)

terjumpa artikel yang diberi kebenaran secara tak langsung untuk di terbitkan semula. (ceh. ayat Bm penuh budi bahasa)

sharing is caring bebeh!











satu, jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. takpe. boleh gune GPS! Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

dua. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang, sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

tiga. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

empat. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, ujian yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu menjadi seorang manusia, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia. cewah!

lima. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

enam. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya. *jarang-jarang-jarang*

tujuh. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

lapan. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain.

sembilan. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

sepuluh. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus tahu bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

sebelas. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

duabelas. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

tigabelas. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bermakna dan mendapati kamu harus melepaskannya.

empatbelas. Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati.

limabelas. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan....

enambelas. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah pekakkan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya.

tujuhbelas. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.


Semoga dapat menyejukkan hati. Sape yang rasa panas la. Kalo terasa tak sejuk jugak, sila ambil minuman, mesti dingin lahh.


pstt : malam neh, beta senyum lebarrrrr :)))))


Friday, November 5, 2010

Tips kuatkan daya ingatan


OTAK merupakan satu bahagian anatomi tubuh yang hebat fungsinya kerana mampu merakam segala perkara dan peristiwa. Tetapi, masalah kelemahan daya ingatan boleh terjadi kerana kita tidak melatih diri mengulang ingat sesuatu maklumat.

Tidak mustahil jika ramai di antara kita pernah mengalami situasi tidak dapat mengingati barang yang baru sahaja diletakkan. Insiden itu sering membuatkan seseorang cuba mengaitkannya dengan faktor usia dan penuaan. Hakikatnya, ingatan boleh diumpamakan sebagai otot dalam tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot tersebut.



Sebagai remaja khususnya pelajar, memiliki daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan. Daya ingatan ini berkait rapat dengan keupayaan mental dan fizikal yang sihat. Daya ingatan yang bagus juga membantu seseorang melontarkan pandangan atau pendapat yang jitu dan bernas dalam perbincangan serta pembelajaran.


* Tidur yang mencukupi
Seperti kita memerlukan oksigen, tidur yang mencukupi dan berkualiti turut memberi manfaat kepada kita. Tidur ini bukan sahaja mampu meningkatkan daya ingatan, malah memberikan kesan yang menakjubkan iaitu membantu meningkatkan penumpuan dan kecekapan kerja, menulihkan fungsi tubuh dan juga meningkatkan kesejahteraan emosi.

Namun, dalam gaya hidup semasa, ada sesetengah orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan waktu tidurnya. Keletihan itu hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak di samping menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seeloknya rancang waktu tidur anda.


* Mengawal tekanan dan kemurungan
Ada sesetengah perkara dalam hidup ini kita tidak mampu mengubahnya meskipun telah berusaha keras. Berhadapan dengan hal-hal yang yang datang secara tidak direlakan atau diduga ini menyebabkan berlaku tekanan dalam hidup. Tekanan ini hanya membuatkan jiwa kita tidak tenteram dan mencetuskan kemurungan dalam hidup.Dengan ini kita tidak dapat berfikir dengan jelas seterusnya menjejaskan daya ingatan. Oleh itu, kawal tekanan melalui bermeditasi, membaca al-Quran, beriadah, mengunjungi sauna, menggunakan aromaterapi dan sebagainya.


* Pengambilan ubat
Sesetengah daripada kita terlampau taksub untuk menjadi seorang yang bijak pandai dengan berusaha mendapatkan daya ingatan yang kuat. Ia ditambah dengan bisikan daripada rakan-rakan yang telah mencuba pelbagai kaedah sampingan. Keadaan ini membuatkan seseorang sanggup membelanjakan wang untuk produk-produk kesihatan yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan.

Namun, ada sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan penerimaan sistem tubuh hinggakan memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sebaiknya kita mendapatkan rujukan terlebih dahulu daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum membelinya untuk kebaikan kita.


* Bersenam
Seperti kata pepatah, otak yang cerdas bermula daripada badan yang sihat. Bagi membina badan yang sihat semestinya daripada aktiviti yang dapat menggerakkan anggota tubuh yang melancarkan peredaran darah ke otak.
Otak itu sendiri memerlukan oksigen yang mencukupi bagi memastikan tubuh dapat berfungsi ke tahap optimum.Kekurangan bekalan oksigen hanya akan menyebabkan kita mudah mengantuk seterusnya menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Luangkan masa untuk bersenam walaupun sekadar berjalan kaki dalam jarak tertentu.


* Aktiviti yang mencabar
Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan fungsi dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia.Dalam mengalakkan otak berfikr secara keseluruhannya aktiviti seperti permainan catur, sudoku, sahibba dan monopoli boleh merangsang pemikiran kita.
Permainan yang berunsur mengatur strategi dan bermain dengan angka ini mampu membuatkan penumpuan dan daya kreativiti kita terserlah. Secara tidak langsung ia membantu mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan.

.
sebagai pelajar Biologi, adalah amat perlu untuk menguatkan daya ingatan di saat2 akhir minggu ulangkaji. :)
sumber : belogfadah

Tuesday, November 2, 2010

Me in November


hye. hye. hye.
rase mahu update tapi tade cerita.
cume teringat sal program yang baru lepas ~ a visit from SMP Pasir Mas.
penat. best on ade. leh tumpang2 g Padang Kota + Chowrasta :)
had a nice moments with 'em.
esp group 3. well. well. well.
best of luck to all of YOU!
also thanx a lot to all of HaakUsm crews.
terbaaeeek utk projek neh :)























......owh sedih! td, kne marah kaw2 punye.
rase sangat2 mahu nanges.
wat2 cool. haha
yesss. xnanges!



Friday, October 22, 2010

Hari ini dan esok tak pernah sama


Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan.
Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba.
Jika anda tergolong dalan golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba.
Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata.
Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti.
Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, besok mungkin anda menikmatinya.
Jangan terlalu susah hati jika sakit, besok mungkin anda sembuh.
Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, besok mungkin anda berada.

Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia.
Sama sekali tidak, kerana ia boleh pergi walau sehebat mana ia dijaga.

Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai, terlalu menyayangi, amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya.
Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan.
Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah.
Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah.
Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing, ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon yang tidak pernah tahu skripnya.
Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin tetapi kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya.
Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan, adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

Kejatuhan bukan penghujung dunia.
Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita.
Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar.
Bukanlah kita mengharapkan bencana, tetapi jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita... :)


malam. bai.


hah. asal xpuas ati je, teros wat stat.
nak suh org tuh terasa n g ngaku "eh. eh. aku la 2".
wadekakaka. lawak gak. 2 statement makan diri okeh.