Showing posts with label esei-dak-skolah. Show all posts
Showing posts with label esei-dak-skolah. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Tips kuatkan daya ingatan


OTAK merupakan satu bahagian anatomi tubuh yang hebat fungsinya kerana mampu merakam segala perkara dan peristiwa. Tetapi, masalah kelemahan daya ingatan boleh terjadi kerana kita tidak melatih diri mengulang ingat sesuatu maklumat.

Tidak mustahil jika ramai di antara kita pernah mengalami situasi tidak dapat mengingati barang yang baru sahaja diletakkan. Insiden itu sering membuatkan seseorang cuba mengaitkannya dengan faktor usia dan penuaan. Hakikatnya, ingatan boleh diumpamakan sebagai otot dalam tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot tersebut.



Sebagai remaja khususnya pelajar, memiliki daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan. Daya ingatan ini berkait rapat dengan keupayaan mental dan fizikal yang sihat. Daya ingatan yang bagus juga membantu seseorang melontarkan pandangan atau pendapat yang jitu dan bernas dalam perbincangan serta pembelajaran.


* Tidur yang mencukupi
Seperti kita memerlukan oksigen, tidur yang mencukupi dan berkualiti turut memberi manfaat kepada kita. Tidur ini bukan sahaja mampu meningkatkan daya ingatan, malah memberikan kesan yang menakjubkan iaitu membantu meningkatkan penumpuan dan kecekapan kerja, menulihkan fungsi tubuh dan juga meningkatkan kesejahteraan emosi.

Namun, dalam gaya hidup semasa, ada sesetengah orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan waktu tidurnya. Keletihan itu hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak di samping menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seeloknya rancang waktu tidur anda.


* Mengawal tekanan dan kemurungan
Ada sesetengah perkara dalam hidup ini kita tidak mampu mengubahnya meskipun telah berusaha keras. Berhadapan dengan hal-hal yang yang datang secara tidak direlakan atau diduga ini menyebabkan berlaku tekanan dalam hidup. Tekanan ini hanya membuatkan jiwa kita tidak tenteram dan mencetuskan kemurungan dalam hidup.Dengan ini kita tidak dapat berfikir dengan jelas seterusnya menjejaskan daya ingatan. Oleh itu, kawal tekanan melalui bermeditasi, membaca al-Quran, beriadah, mengunjungi sauna, menggunakan aromaterapi dan sebagainya.


* Pengambilan ubat
Sesetengah daripada kita terlampau taksub untuk menjadi seorang yang bijak pandai dengan berusaha mendapatkan daya ingatan yang kuat. Ia ditambah dengan bisikan daripada rakan-rakan yang telah mencuba pelbagai kaedah sampingan. Keadaan ini membuatkan seseorang sanggup membelanjakan wang untuk produk-produk kesihatan yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan.

Namun, ada sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan penerimaan sistem tubuh hinggakan memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sebaiknya kita mendapatkan rujukan terlebih dahulu daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum membelinya untuk kebaikan kita.


* Bersenam
Seperti kata pepatah, otak yang cerdas bermula daripada badan yang sihat. Bagi membina badan yang sihat semestinya daripada aktiviti yang dapat menggerakkan anggota tubuh yang melancarkan peredaran darah ke otak.
Otak itu sendiri memerlukan oksigen yang mencukupi bagi memastikan tubuh dapat berfungsi ke tahap optimum.Kekurangan bekalan oksigen hanya akan menyebabkan kita mudah mengantuk seterusnya menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Luangkan masa untuk bersenam walaupun sekadar berjalan kaki dalam jarak tertentu.


* Aktiviti yang mencabar
Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan fungsi dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia.Dalam mengalakkan otak berfikr secara keseluruhannya aktiviti seperti permainan catur, sudoku, sahibba dan monopoli boleh merangsang pemikiran kita.
Permainan yang berunsur mengatur strategi dan bermain dengan angka ini mampu membuatkan penumpuan dan daya kreativiti kita terserlah. Secara tidak langsung ia membantu mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan.

.
sebagai pelajar Biologi, adalah amat perlu untuk menguatkan daya ingatan di saat2 akhir minggu ulangkaji. :)
sumber : belogfadah

Tuesday, August 24, 2010

rasa macam berbuka kt rumah lah

assalamualaikum. yeay. update lagi. hehe. cerita hari ni. saya melepak d lib sampai petang ngan cik soulmate saya. wahaha. so, apakah hasilnye? ye. berjaya habiskan 1 bab Marketing ye drpd 7 bab yang harus di setadi. saya bangga. ngeee.

petang, dpt arahan untuk berbuka puasa di rumah akak angkat kepada encik ydp saya. p bukan berdua. bukan bertiga. tapi berempat. dan x tau di mana lokasinye. saya cuma ingat rumah itu adalah sebuah apartment. :) x la jauh sangat drpd kampus saya. KAMPUS ye. kalo utk student usm, dat word adalah sangat SKEMA. haha. sampai je, makanan dah siap d masak. suka weh. nasi tomato. kuih seri muka. air sunquick pon ada. (tp xsempat minum).then, ydp itu buat air sedap lagiiii.tunggu dan tunggu sambil jd anak dara baek. tolong hidangkan lauk. hehe.

oh, dengar azan, buka puasa bermula ngan makan laaa. haha. nasi tomato akak tu wat memang sedap. terbaek dr ladang tomato weh. lauk die. wohoo. ayam. udang. rendang daging kot. xsure. ummmm. thumbs up lah kak! saya ngan tak malu, tambah nasik! haha. akak tu dh kata, p sane, kalo malu2 xnak kawan. ahah. jadi lah wat tak malu. ",

makan. makan. siap. basuh la pinggan sket2. hihi. jaga adab kt rumah org ye.

dan solat ngan aman coz kenyang. erk??

oh ye. mse p rumah akak tu, jumpe la ngan dak2 comel. ngehe. just ingat name irfan, sarah, n faris. sorang lg xtau nme pe. drg anak2 akak tu. husband die pun ada gak. friendly giles kot dorg tuh. rase cam sedara sendiri plak. wahaha. over sangat.

ok. time balik suda. thanx kak ni n femly coz makanan yg sedap2 tu. nanti kami dtg lagi. haha. xmalu lagi :)

itu sahaja cerita hari ini. in a nutshell, sayangilah diri dan nyawa anda. hahaha xde kaitan pun. suka hati la. otak tengah mereng nih. huhu. tata
*entry tade picx*